5 IDEA KABINET DAPUR 2023
- CabineLab
- May 11, 2023
- 4 min read
Updated: May 17, 2023

Kabinet dapur merupakan component penting di bahagian dapur rumah. Barangan dapur juga dapat disusun dengan teratur mengikut kesesuaian bagi memudahkan untuk dicapai ketika memasak dan menyusun barang.
Apa yang penting, kabinet yang anda pilih itu mestilah sepadan dengan saiz dapur anda sendiri. Itu yang menentukan sama ada anda seorang yang organize atau sekadar ikut trend saja.
Memang berbaloi jika kita berbelanja lebih untuk kabinet dapur. Kalau dapur cantik, mesti kita semangat nak berkungfu di dapur kan? Mari kami kongsikan 5 idea design kabinet dapur terkini kepada anda semua. Let's go!
Kabinet Pameran / Display Cabinet

Kalau anda seorang yang sangat teratur atau perfectionist, kabinet jenis ini sememangnya sesuai untuk anda. Tak kisah konsep industrial design atau rangka melamine, penggunaan pintu kaca atau transparent PVC memang sesuai dan cantik wehh. Auto jatuh cinta!
Kalau kabinet pun boleh nampak barang, mestilah anda nak barang tersusun rapi, betul tak?. Kalau tak, jiran-jiran dan kawan-kawan nampak berterabur, mesti segan nak tunjuk. Yelaah, mestilah mereka boleh nampak, nama pun transparent!
Selalunya, barangan atau aksesori alatan dapur yang premium dan berjenama memang sesuai diletak dekat kabinet jenis ini. Jangan salah faham yaa, bukan benda murah tidak boleh dijadikan pameran di kabinet macam ini. Tapi lebih sesuai letak barangan yang boleh dipamerkan untuk kita banggakan sebagai pameran. Plus, bolehlah tunjuk sikit koleksi anda kepada kenalan juga, huhuhu.
Kabinet Moden Melamine

Anda nak kabinet yang cantik dan simple, tapi under budget? Mestilah ada. Di CabineLab, kami sering menasihatkan kepada pelanggan kami untuk memilih material seperti ini. Dalam survey kami juga, mengatakan bahawa masyarakat Malaysia lebih suka memilih konsep ini oleh kerana harga yang berpatutan, tahan lasak dan mudah untuk didapati.
Apa itu melamine? Melamine ialah resin plastik termoset yang digabungkan dengan formaldehyde dan dikeraskan melalui proses pemanasan. Dalam dalam bahasa mudahnya adalah campuran habuk kayu dan material lain yang di padatkan menjadi sebuah papan yang solid. Sesetengah orang memanggilnya sebagai Cipboard. Haaaa, bila dengar pasal papan habuk kayu yang dipadatkan, mesti ramai orang fikir produk yang low quality.
Jangan salah faham yaa. Ada pelbagai gred yang terdapat dalam produk seperti ini, dan di CabineLab semestinya mengambil kualiti yang premium tetapi dengan harga yang berpatutan. Whatttt? Betul ke? hahaha Mestilah, CabineLab dapat memberi harga yang berpatutan kerana kami mempunyai kilang pembuatan sendiri. So, bagi kami tiada masalah pun.
Okay bersambung kepada topik kita, jika gabungan Concrete Quartz Stone dan Cabinet Melamine dalam satu design, sememangnya menjadi satu pilihan tepat. Oleh kerana, kos yang rendah akan tetapi mendapat design yang cantik dan kualiti premium.
Akan tetapi, kabinet jenis melamine juga mempunyai limitation dari segi design. Ada beberapa design yang tidak boleh dilakukan, dan jika boleh buat pun, mesti ada masalah lain. Kalau dari segi corak, memang melamine bole pilih pelbagai corak dan warna. It's a big win!
Kabinet Muji Style

Sejak kebelakangan ini, kami dapati ada customer kami yang suka sangat dengan Muji style. Dengan design yang minimalist dan natural, sememangnya membuatkan dapur anda berasa tenang sahaja. Muji style juga dikenali sebagai 'No-brand Quality Goods', dimana ianya amat porpular gaya hidup di Jepun yang mengutamakan practicallity dan straightforward design.
Kalau anda nak tahu, harga untuk Muji style ini juga sangat berpatutan. Oleh kerana design yang simple dan minimalist, sememangnya harganya juga minimalist. Huuhu.
Kekurangan dan kelemahan dalam Muji style ini juga ada. Oleh kerana design seperti ini memerlukan pemilihan warna yang terang, sememangnya kekotoran senang dilihat dan perlu dikemas untuk tidak nampak comot. Akan tetapi, kalau dapur dah cantik macam itu, mesti kita semangat untuk kemas balik, kan?
Scandinavian Design

Mungkin ramai yang tidak tahu akan style atau design ini, Oleh kerana namanya yang sukar untuk disebut dan jarang masyarakat Malaysia menyebut mengenai design ini. Meh saya ajar untuk sebut perkataan ni. Ready yaa. SCAN - DI - NA - VAN. Lepas ni jangan salah sebut pula ya.
Tahukah anda, design ini merupakan salah satu konsep yang ideal kepada seisapa yang suka akan konsep minimalist and functioning. Sedikit sebanyak, design ini seperti Muji style, tetapi ada perbezaannya yang tersendiri. Seperti, konsep ini memerlukan tumbuhan hijau untuk menghidupkan lagi suasana dan posisi kabinet yang sedikit berbeza berbanding Muji style.
Permasalahan yang sama juga dihadapi dengan design ini dimana design ini selalunya menggunakan warna yang terang seperti putih dan cream color, sehingga menyebabkan kekotoran jelas kelihatan.
Industrial Design

Kami rasa ramai orang Malaysia tahu akan konsep ini. Kenapa saya cakap macam itu? Bagi kami ianya merupakan satu trend unik yang boleh diterima oleh masyarakat dengan konsep yang unik dan bersahaja.
Apa yang membuatkan design ini unik adalah dari segi material yang digunakan selalunya daripada aluminium dan penggunaan kayu sebagai meja atau almari. Dan yang paling penting selalunya design ini mengutamakan konsep expose wall dimana dinding akan nampak batu bata yang tersusun rapi bagi menampakkan industrial looks.
Walaupun konsep ini dikatakan memakan wang yang lebih sedikit, namun konsep ini masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Kesimpulannya:
Tidak kisah bagaimanapun design yang anda pilih, kerana ianya tidak ada yang salah atau yang betul. Ini kerana ia menampilkan personaliti dan identiti seseorang itu. Walaupun ruangan anda agak sempit dan kurang bersesuai dengan design yang kami tampilkan, percayalah bahawasanya segala jenis dan saiz ruangan apapun, CabineLab sedia membantu anda.
Sememangnya setiap konsep yang kami tampilkan ini mempunyai harga yang tersendiri. Oleh itu, sebagai pengguna dan pelanggan yang bijak, seharusnya tahu kemampuan tersendiri, bukannya ikut nafsu semata-mata.
コメント